Sekali lagi, rakyat Malaysia diperdayai SPR
auyongtc | March 6, 2008Amat memalukan angkara SPR kini menarik balik penggunaan dakwat kekal di pilihanraya umum (PRU) ini. Alasan yang diberi SPR memang tidak masuk akal. Mempermainkan parti pembangkang dengan isu ini adalah perkara yang remeh. Tetapi, pembaziran wang ringgit rakyat membeli dakwat kekal ini tidak boleh diambil ringan.
Semasa diumumkan yang SPR akan menggunakan dakwat kekal, mereka berkata dakwat ini perlu ditempah terlebih dahulu dan hanya dibeli berberapa hari sebelum hari mengundi. Ini adalah kerana dakwat ini mudah kering dan tidak boleh digunakan jika ia dibiarkan kering. Jadi, apa akan terjadi dengan stok dakwat hitam yang telah dibeli? Jual pada orang lain? Pakistan baru saja habis mengundi. Ataupun SPR tidak langsung berniat untuk membelinya dan wang yang diperuntukkan telah ditelan?
Haih tak kisahlah, BN nak main kotor dengan isu dakwat (dan pelbagai lagi isu - undi pos, undi hantu, undi sogok). Yang pasti kita yang tenat letih dengan perangai BN ini, hantar pesanan kita dengan tulisan pangkah dalam kotak yang betul pada kertas undi hari Sabtu ini. Kalau nak hantar juga perasaan marah ataupun dukacita terhadap SPR, tunjuklah jari anda kepada pegawai-pegawai SPR selepas mengundi. Terutamanya jari hantu ![]()






oi bugger auyong... i was looking for streamyX hack and
Choong | March 11, 2008 | 9:01 pmoi bugger auyong… i was looking for streamyX hack and found your old website.. bugger… been a long time… hit me up man .. this is |VIPER| …